Monday, January 17, 2011

SMSO Jabatan Kerjaya kendali jerayawara

Sabtu, 15 Januari 2011 - Empat wakil Majlis Perwakilan Pelajar 2010-2011 dari Sekolah Menengah Sayyidina 'Othman telah dijemput untuk memberi perbincangan dalam Ceramah Pendidikan Kerjaya bertempat di Dewan Sekolah Menengah Tanjong Maya, Tutong.

Acara tersebut dihadiri oleh penuntut-penuntut tahun 11 sekolah tersebut yang mana mereka berpeluang mendengar info-info penting mengenai dengan kemasukan ke tingkatan 6 yang dihuraikan oleh Jazsteevion, Muzakkir, Yunazry dan Nurul Hadinah serta dibantu oleh Cikgu Hjh. Junainah dan guru-guru yang lain dibawah Jabatan Kerjaya SMSO.

Dengan adanya jerayawara ini diharap penuntut-penuntut tersebut dapat memikirkan sukat-sukat dengan lebih baik bagi menentukan hala tuju masa depan mereka, terutama dalam memasuki alam pembelajaran di institusi-institusi tinggi, bermula dari alam pra-universiti iaitu tingkatan 6.









(Gambar-gambar hasil daripada Ckg. Charles Lim Wei Siong)

No comments:

Post a Comment