Sunday, September 26, 2010

Majlis Khatam Al-Quran bagi Tingkatan 6 Atas


Pada hari Sabtu, 25hb September telah berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran bagi penuntut-penuntut tingkatan enam atas 2009-2010. Majlis ini diadakan di dewan serbaguna, Sekolah Menengah Sayyidina 'Othman, Tutong.





Saturday, September 18, 2010

Holiday's over, school's just around the corner

Looking back for the past fifteen days, especially ones that coincided with Hari Raya Aidilfitri festivities, how would you find your past holidays be?

With only two days left ahead - today inclusive - have you completed any homeworks your teachers have assigned to you?

School will reopen on Monday, 20th September for its fourth and last term of 2010. This is also when major exams will be commenced.

Therefore, on behalf of MPPs we hope that any given assignments have been done with full dedication upon Monday, and preparation in terms of revision have been started or is being continuously carried out ahead of the end of year examinations. Above all, make sure your health are in best condition so that you can study in optimum concentration.

Thursday, September 9, 2010

Allahu Akbar!



"Sumbu dan lilin pembuka suasana,

Takbir bergema berlinangan air mata;

Ucapan mana seindah dibicara,

Seikhlas hati ampun dipinta."



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN



DARIPADA:
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2010-2011
SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA 'OTHMAN, TUTONG

Wednesday, September 8, 2010

Someone needs a cake here.....

Happy Birthday,
Vivi Ezyante binti Matrantis!


Cherish your special day and may you succeed in whatever field you're pursuing for your future ahead.

Tuesday, September 7, 2010

Iftar bersama MPP



Pada hari Ahad, 5hb September, 2010, penuntut-penuntut Majlis Perwakilan Pelajar 2010-2011 telah mengadakan majlis bersungkai di rumah kediaman Yang Di-Pertua di Kampong Kiudang, Tutong.

Acara-acara yang diselitkan merupakan yang berunsurkan keugamaan, yang antara lainnya majlis bertahlil, sembahyang Maghrib, Isya' dan Tarawih berjemaah diimamkan oleh MPP sendiri.





Friday, September 3, 2010

Wad-Dhuha.....


Pada hari Khamis, 2hb September 2010, telah berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran sempena tamatnya program Tadarus Al-Quran yang dikelolakan oleh Sekolah Menengah Sayyidina 'Othman, Tutong.

Selain dari itu, majlis ini juga bertujuan untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Majlis ini disertai oleh penuntut-penuntut MPP, tingkatan enam bawah dan enam atas, kesemuanya berjumlah 68 orang.

Tetamu kehormat yang hadir merupakan Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Sayyidina 'Othman.

Acara dimulakan dengan bacaan surah-surah Al-Quran, dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-nas, diteruskan dengan Takhtim oleh peserta-peserta perempuan yang diketuai oleh Naib Yang Di-Pertua II, dan diikuti dengan Dikir Marhaban oleh peserta-peserta lelaki.



Majlis ini juga diselitkan dengan meraikan saudara-saudara Islam yang baru, penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan penyampaian hadiah kepada pertandingan Matematik bagi penuntut-penuntut menengah.


Bagi menghargai kedatangan hadirin dan hadirat pada majlis itu campur yang berupa sekotak minuman setiap seorang dan bunga telur telah diedarkan.

Semoga dengan majlis ini semua yang hadir menerima keberkatan dari Allah subhanahu wa ta'ala jua. Amin.....

Wednesday, September 1, 2010

Makluman

- Majlis Khatam Al-Quran Sempena Program Tadarus di Bulan Ramadhan
- Majlis Penyampaian Derma kepada Anak-anak Yatim
- Majlis Meraikan Saudara-saudara Baru
- Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Matematik

Hari: Khamis
Tarikh: 2hb. September 2010
Jam: 7.30 pagi hingga selesai
Tempat: Dewan Serbaguna, SMSO

Adalah diharapkan kepada semua penuntut-penuntut tingkatan enam SMSO supaya dapat menghadiri majlis ini dengan memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap.
Semoga dengan majlis yang mubarak ini semua yang hadir mendapat keberkatan yang berlipat ganda dari Allah subhanahu wa ta'ala jua, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Amin.....