Friday, November 19, 2010

Pertandingan Takbir Raya sempena Hari Raya Aidiladha

Khamis, 18hb November 2010 - Sekolah Menengah Sayyidina 'Othman telah mengadakan Pertandingan Takbir Raya sempena Hari Raya Aidiladha 1431 Hijrah. Acara ini telah berlangsung di Masjid Kampong Perpindahan Bukit Beruang, Tutong.

Sebanyak 6 buah pasukan yang terdiri dari penuntut-penuntut menengah dan tingkatan enam telah mempersembahkan takbir masing-masing. Kumpulan-kumpulan tersebut ialah Kumpulan-kumpulan Al-Hidayah, Imtiyaz, Al-Jannah, Ikhlas, Nur Falah dan An-Najihun.

Pada akhir acara Kumpulan Imtiyaz meraih juara, diikuti dengan Kumpulan Al-Falah di tempat kedua dan Al-Jannah di tempat ketiga. Kumpulan-kumpulan An-Najihun, Al-Hidayah dan Ikhlas masing-masing memperolehi tempat keempat, kelima dan keenam.

Majlis ini juga diselitkan dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta Bengkel Fardhu Kifayah yang terdiri daripada guru-guru dan penuntut-penuntut SMSO sendiri.

Berikut ialah beberapa sedutan gambar-gambar semasa majlis tersebut:




No comments:

Post a Comment