Friday, September 3, 2010

Wad-Dhuha.....


Pada hari Khamis, 2hb September 2010, telah berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran sempena tamatnya program Tadarus Al-Quran yang dikelolakan oleh Sekolah Menengah Sayyidina 'Othman, Tutong.

Selain dari itu, majlis ini juga bertujuan untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Majlis ini disertai oleh penuntut-penuntut MPP, tingkatan enam bawah dan enam atas, kesemuanya berjumlah 68 orang.

Tetamu kehormat yang hadir merupakan Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Sayyidina 'Othman.

Acara dimulakan dengan bacaan surah-surah Al-Quran, dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-nas, diteruskan dengan Takhtim oleh peserta-peserta perempuan yang diketuai oleh Naib Yang Di-Pertua II, dan diikuti dengan Dikir Marhaban oleh peserta-peserta lelaki.



Majlis ini juga diselitkan dengan meraikan saudara-saudara Islam yang baru, penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan penyampaian hadiah kepada pertandingan Matematik bagi penuntut-penuntut menengah.


Bagi menghargai kedatangan hadirin dan hadirat pada majlis itu campur yang berupa sekotak minuman setiap seorang dan bunga telur telah diedarkan.

Semoga dengan majlis ini semua yang hadir menerima keberkatan dari Allah subhanahu wa ta'ala jua. Amin.....

No comments:

Post a Comment