Friday, August 27, 2010

17 Ramadhan, turunnya Al-Quran


Al-Quran, satu kitab yang agung bagi umat Islam diturunkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wassalam sebagai mukjizat yang terbesar bagi panduan dan faedah umat baginda. Dengan Al-Quran kegelapan selama-lamanya hilang, diterangi dengan cahaya keimanan dan ilmu yang sangat meluas. Bahasanya yang begitu indah tidak dapat ditandingi oleh mana-mana penyair terhebat. Selama lebih 1400 tahun tidak ada satu huruf pun yang diubah, secara senghaja mahupun tidak, mengekalkan keaslian dan kesucian makna yang dibawa yang sesuai tanpa mengira masa mahupun bangsa.

Sempena dengan Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan ini marilah kita sama-sama meraikan dan mengagungkannya dengan penuh kesyukuran. Semoga dengannya setiap dari kita khasnya dan umat Islam amnya diberkati dan dirahmati oleh Allah subhanahu wa ta'ala di dunia mahupun di akhirat jua. Amin.....

No comments:

Post a Comment